Julai 12, 2010 - Kenapa aku jahat sangat???? Kenapa aku jujur dengan perasaan aku???? Seharusnya aku berdiam diri sahaja daripada membiarkan kamu tahu isi hati ini. Hari demi hari, keinginan untuk pergi menjauh semakin menebal. Mungkin aku ingin lari daripada kenyataan atau aku ingin memberi ruang kepada diri sendiri? Apapun alasannya, aku menyimpan niat untuk meninggalkan Kuching dan aku juga berniat untuk tidak kembali ke Kuching selagi semua persoalan ini belum terjawab. Perasaan bersalah tetap menghantui aku. Memikirkan tentang bakal kehadirannya, fikiran aku menjadi semakin buntu. Mungkin kita tidak sepatutnya memulakan hubungan ini sejak dari mula lagi. Aku tahu akibatnya akan menyebabkan ramai pihak yang akan tersinggung terutamanya dia.
Kenapalah aku jahat sangat???? Aku tahu keputusan ini akan melukakan kamu. Percayalah aku juga terluka. Lebih baik kita berdua yang terluka daripada dia yang terluka. Mengapa cinta harus tercipta sedangkan takdir tidak akan menyatukan kita? Mengapa kita dibelenggu dengan keadaan ini? Selagi persoalan ini tidak terjawab, aku dan kamu tetap akan terkurung dalam kekeliruan. Aku buntu dan kamu juga sebegitu.
Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menjadi jahat. Kejinya aku kerana hadir dalam hidup kamu. Hinanya aku kerana menjadi racun dalam hidupnya. Kesimpulannya, aku tetap jahat. Jahat dalam melayan dunia yang sementara ini.

No comments:
Post a Comment