Thursday, August 19, 2010

Last Meeting

July 31, 2010 – Today I meet him again. I know this shouldn’t happen but I can’t resist his request. Maybe it’s true I really love him and that’s why I don’t know how to say “No” to him. Perhaps today is going to be our last meeting. Both of us know this relationship won’t last long. Sooner or later, this will end. There will be no future between us because we only alive in dream. It’s sad but this is my fate. I don’t know how to survive but I need to live on with this fact. Is this is going to be our last meeting? Maybe……I hope when the day I decided to leave this town, I’ll be a stronger person to live on.

Aku cuba menutup semua persoalan dalam otak ini kerana aku tidak akan menemui jawapannya. Lebih baik begini daripada terus membebankan diri dengan persoalan ini. Aku buntu dan keliru tetapi aku tidak punyai pilihan melainkan melepaskan semuanya berlalu. Mampukah aku melepaskan semuanya? Apakah pertemuan hari ini ialah pertemuan yang terakhir untuk aku dan dia? Terserahlah pada ketentuan tuhan. Andai inilah kehendak yang telah tertulis, aku harus redha.



MISSING YOU

JULAI 20, 2010 - Seksanya jiwa ini menanggung rindu yang semakin menebal. Andaikan aku mampu lari sebentar daripada perasaan rindu ini. Bisa my head dengan rindu ini. Mengapa harus ada kerinduan? I don’t want you to know how much I miss you. I wish I could stop missing you. Could I?????? Aku cuba fokus dalam kerja dan menyibukkan diri tetapi dalam kesibukan ada juga rindu. Bencinya aku dengan keadaan ini. It seem like this feeling is haunted me. I’m stuck with you. Somebody help me call 999. I need help because I’ll get crazy if everyday is like this. Kamu tidak akan percaya betapa aku amat merindui kamu dan hari-hari aku merindui kamu. AAaaaRRrrrrGGggggHHH!!!! Anyone know where got sell potion of lost memory??? I want to buy. So, I could at least stop missing you. Penatnya jiwa aku merindui kamu. Ingin aku belajar berhenti merindui kamu tetapi bagaimana? Aku mencuba membenci kamu tetapi aku tidak mampu membenci kamu. Lemahnya nadi aku dalam melayan jiwa ini. Ke mana aku pergi, aku tetap akan merindui kamu. Andai aku mampu menghentikan kerinduan ini? I hate feeling this way because this feeling is painful.





Rahsia Hati Luna

Selama ini aku pendamkan perasaan kerana aku takut untuk berdepan dengan kenyataan. Apakah kenyataan itu? Kenyataan yang telah tertulis bahawa aku telah jatuh cinta pada kamu. Aku bersalah kerana aku mencuba untuk memutarkan kebenarannya. Aku seorang pengecut dalam menghadapi kenyataan ini. Lantaran itu, tahun lalu aku telah menyembunyikan diri dan mencuba melawan perasaan dalam hati.

Saat aku mengetahui kedudukan kamu, aku lega kerana aku percaya cinta aku bukan untuk kamu. Tetapi mengapa hari demi hari, perasaan aku semakin mendalam dan bayangan kamu sering berlalu dalam hari-hari aku. Seolah-olah bayangan kamu ialah bayangan aku. Setiap malam aku akan bermimpikan kamu. Mengapa ini terjadi sedangkan aku bukan kekasih kamu? Apakah ini dugaan atau khayalan? Aku buntu dalam menjalani kehidupan yang penuh misteri ini. Aku cuba melupakan semuanya dengan menumpukan sepenuh jiwa dan raga aku dalam internship kerana aku sedang memikul tanggungjawab yang berat. Proses internship perlu aku utamakan daripada terus melayan perasaan yang tidak pasti ini. Hari demi hari, aku lalui saat sepi tanpa aku sedari pintu hati ini telah tertutup untuk insan lain selain diri kamu.

Rupanya selama ini aku menyimpan perasaan yang sungguh hebat. Perasaan yang tidak pernah aku cuba rungkaikan. Perasaan yang aku cuba matikan. Dalam diam, perasaan cinta ini semakin mendalam dan kini aku harus berdepan dengan kenyataannya. Aku mula bertanya pada diri aku. Apakah aku akan menyesal kerana mencintai kamu meskipun kamu tidak akan pernah aku miliki? Jawapannya, aku tidak akan menyesal. Entah mengapa aku begitu pasti dengan jawapan ini sedangkan aku tidak tahu mengapa aku amat mencintai kamu. Ingin aku terima cinta yang lain tetapi hati ini degil untuk mencuba. Sampai bila harus begini?

Sebenarnya keinginan hati ingin terus menyepi tetapi entah mengapa aku terima juga pelawaan kamu untuk memakbulkan permintaan kamu. Pada aku mungkin pertemuan ini ialah yang pertama dan terakhir. Mungkin selepas bertemu dengan kamu, aku akan temui jawapan kepada persoalan aku. Lebih-lebih lagi, aku mampu melepaskan perasaan ini. Jujurnya dalam pertemuan pertama, aku melihat kesayuan dalam mata kamu. Aku tidak mengerti makna disebalik apa yang aku rasakan. Biarpun kamu tidak bersuara tetapi hati ini seolah-olah dapat merasakan semuanya. Bagi aku selepas hari ini, kita berdua akan hidup dalam dua dunia yang berbeza. Aku dan kamu tidak mungkin akan bersatu. Inilah kenyataan dan hakikatnya. Apakah aku mampu hindari diri ini daripada merasai luka?

Namun, kita terus membiarkan perasaan ini hanyut. Aku bahagia meskipun aku hanya mampu bermain sms dengan kamu. Sepanjang minggu itu, aku terus terlena dalam perasaan ini. Ternyata perasaan aku benar dan aku menyintai kamu. Namun, detik demi detik akan tiba jua. Saat yang akan terus memisahkan aku dan kamu. Bila tiba waktunya, aku perlu kembali ke dunia yang nyata dan menerima suratan ini. Aku terima lagi pelawaan yang kedua. Seharusnya aku mengelak daripada bertemu dengan kamu tetapi aku terima juga.

Akhirnya aku tekad untuk berdepan dengan semuanya. Ternyata selama ini aku tidak bertepuk sebelah tangan dan selama ini perasaan yang hadir ialah cinta. Percayalah meskipun kita tidak akan bersatu, cinta aku pada kamu takkan pernah lenyap sehingga akhir hayat. Aku amat mencintai kamu dan aku akan terus mendoakan kebahagiaan kamu. Mencintai kamu ialah pilihan aku dan aku tidak pernah menyesal. Kenangan antara kita akan terus aku abadikan dalam memori ini. Akan aku simpan kenangan kita selama-lamanya. Jangan pernah kamu sangsi ketulusan cinta aku kerana meskipun aku menjauh cinta ini tetap ada. Jangan pernah kamu meragui kesetiaan cinta aku kerana meskipun suatu masa kelak aku dimiliki, setianya cinta ini masih ada ruang untuk kamu. Jangan pernah kamu takut jika aku akan melupakan kamu kerana aku tidak mungkin dapat melupakan insan yang sentiasa dalam doa aku setiap hari. Semoga kenangan ini mampu aku lukiskan dalam lukisan dan akan aku penakan dalam melodi yang terindah hanya untuk kamu.



MY SWEET HONEY BEE

I knew I love you
Because it written in my heart
Eraser or liquid
Can’t erase this love away

Every time I hear your voice
My heart is melting
Because your love warm my life
Like winter turning to spring season

I’ll keep on playing the same love song
To remind myself
My love for you will never die
Even though I will grow old sooner

I’ll be away from your sight
But please stop doubting
On how deep is my love for you
Because it can’t be measure

If one day fate separated us
Do remember that
I am proud to called you
MY SWEET HONEY BEE

I'm B.A.D

Julai 12, 2010 - Kenapa aku jahat sangat???? Kenapa aku jujur dengan perasaan aku???? Seharusnya aku berdiam diri sahaja daripada membiarkan kamu tahu isi hati ini. Hari demi hari, keinginan untuk pergi menjauh semakin menebal. Mungkin aku ingin lari daripada kenyataan atau aku ingin memberi ruang kepada diri sendiri? Apapun alasannya, aku menyimpan niat untuk meninggalkan Kuching dan aku juga berniat untuk tidak kembali ke Kuching selagi semua persoalan ini belum terjawab. Perasaan bersalah tetap menghantui aku. Memikirkan tentang bakal kehadirannya, fikiran aku menjadi semakin buntu. Mungkin kita tidak sepatutnya memulakan hubungan ini sejak dari mula lagi. Aku tahu akibatnya akan menyebabkan ramai pihak yang akan tersinggung terutamanya dia.

Kenapalah aku jahat sangat???? Aku tahu keputusan ini akan melukakan kamu. Percayalah aku juga terluka. Lebih baik kita berdua yang terluka daripada dia yang terluka. Mengapa cinta harus tercipta sedangkan takdir tidak akan menyatukan kita? Mengapa kita dibelenggu dengan keadaan ini? Selagi persoalan ini tidak terjawab, aku dan kamu tetap akan terkurung dalam kekeliruan. Aku buntu dan kamu juga sebegitu.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menjadi jahat. Kejinya aku kerana hadir dalam hidup kamu. Hinanya aku kerana menjadi racun dalam hidupnya. Kesimpulannya, aku tetap jahat. Jahat dalam melayan dunia yang sementara ini.









Monday, August 16, 2010

Yang Terindah

If one day you find I'm not here anymore, please do not cry because I want you to know even I'm not here but my love will always accompany you until the end. Loving you is the greatest thing I ever did in my whole life. I never regret for giving this love to you. I don't know how to tell you but I hope you will understand that my love for you will never die.

Selamanya cinta ini hanya untuk dirimu...Insan yang terindah pernah aku miliki. Walaupun diri aku tidak sempurna tetapi percayalah cinta aku untuk dirimu takkan pernah hilang. Kerana aku insan yang paling bertuah kerana pernah memiliki cinta dari dirimu. Meskipun aku tidak tahu berapa lama lagi waktu yang aku ada. Syukur kerana aku di anugerahkan cinta mu.

I LOVE YOU

Sunday, August 8, 2010

HARUS AKU YANG PERGI

Julai 5, 2010 - Mungkin kamu terlupa, aku juga perempuan biasa yang bisa cemburu. Walaupun aku terima kenyataan dan realitnya, aku juga manusia yang kerdil. Manusia yang tidak bisa lari daripada menghadapi perasaan cemburu. Namun, aku cuba mengawal perasaan cemburu ini kerana aku tahu ikut rasa, jiwa binasa. Aku hanya sang manusia yang rapuh dengan dugaan-NYA. Harus aku yang pergi daripada terus memasuki hidup kamu.

Aku berniat untuk pergi jauh kerana aku percaya dengan menjauh, aku bisa belajar meninggalkan harapan ini. Apakah ini keputusan yang terbaik untuk semua? Alangkah mudahnya jika aku mampu temui jawapan kepada persoalan ini tanpa perlu terus dibelenggu. Walau apapun, aku tahu harus aku yang pergi menjauh dari tempat ini.