Sunday, August 8, 2010

Dear Lover

Jun 30, 2010 - Suatu hari lak, mek tauk tak pasti akan melupakan mek. Tak pasti akan melupakan semuanya. Apakah mek akan seperti ya juak? Apakah mek akan melupakan kenangan kita bersama? Entahlah, mek sik mampu untuk menjawab soalan tok. Mungkinkah tok ketentuan yang telah tertulis untuk tidak menyatukan kita? Mek redha dengan suratan tok. Meskipun mek berada di pihak yang salah. Sikda mek pinta untuk semua ya terjadi.

Mek pernah menangis kerana tak. Mek pernah kecewa kerana tak. Mek pernah terluka kerana tak. Mek pernah juak bahagia kerana tak. Mek sik menyesal mencintai tak. Walaupun satu hari lak, semua tok akan berakhir, mek akan mencuba untuk tidak melupakan semuanya tentang tak. Semoga mek dapat mengotakan janji tok. Mek akan menyimpan kenangan kita sampai akhir nyawa mek.

Mek amat mencintai tak tapi mek sik sanggup meneruskan semua tok. Kenak mek leh rasa sayu untuk pergi ke KL? Sebabnya mek terpaksa pilih jalan ya. Jalan untuk menjauh dari tak. Mek sik ingin melupakan tak. Cuma mek sik mampu untuk melukakan sesiapa lagi. Biarlah mek memilih untuk menjauh dengan embak cinta tok jauh ke sinun. Ya jak jalan yang mek mampu. Demi kebahagiaan semua, mek rela mengalah.

No comments:

Post a Comment